KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini menafikan pihaknya telah mengeluarkan amaran tsunami dan ribut kuat akan melanda Sabah, Terengganu dan Pahang dalam masa 36 jam.
Jabatan itu dalam kenyataannya menyebut, mesej dan maklumat yang tersebar di media sosial itu adalah tidak benar.
Untuk sebarang pengesahan maklumat, boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my, facebook https://www.facebook.com/malaysiamet, twitter https://twitter.com/malaysianmet atau hotline MetMalaysia di talian 1300 22 1MET (1638). - BERNAMA
